Cherita cuti

~Bismillah~

Hari ni aku menulis lagi.. Kali ni aku nak tulis tentang cerita aku masa cuti ni.
Cuti ni tiada pergi mana2 tempat khas pun, just berjalan2 dengan suami, family kat Tuaran dan family kat Kudat. Tapi setiap masa yang ada itulah yang masa yang paling berharga buat diriku ini. 

Teringat satu teka teki Imam Ghazali kepada anak muridnya tentang apakah yang paling jauh dengan diri kita? Hmm, memang banyak benda yang jauh dengan diri kita, tapi masa yang kita sudah tinggalkan adalah masa yang paling jauh kerana kita tidak mampu untuk untuk mengulang masa tersebut. Betul atau tidak? Bila difikirkan memang betul kerana kita tidak boleh kembali pun kepada perkara yang kita telah buat seminit yang lepas, sejam yang lepas, perkara semalam ataupun perkara setahun lepas. Tapi kita cuma mampu untuk mengingatnya sebagai satu kenangan buat diri kita.

Jadi berbalik kepada cerita cutiku.

17 Disember
Aku dan suami balik Tuaran selepas beberapa hari tinggal di rumah mak mertua sambil tolong2 jaga rumah sebab family Kudat pergi ke Sarawak untuk pertaulihan adik ipar (POLIS). Bila dah sampai Tuaran, aku dan suami dan realisasikan impian yang telah terpendam dihati...apa dia? Jeng2... =)


18 Disember
Menunaikan hasrat yang dihati.. Iaitu gunting rambut dam steam rambut. =). Aku dan suami sibuk mencari kedai gunting rambut muslimah. Jumpa satu kedai tu, ada khas untuk muslimah, tapi bila masuk, orang kedai kata xdapat sebab tabir dorang xda, cuba runding xnak bagi orang lain masuk, tapi orang kedai macam keberatan, jadi wajib cari kedai lain. Aku kol akak ipar, minta pendapat jadi dia cuba bawa pergi satu kedai. Bila bincang dengan orang kedai alhamdulillah, Allah permudahkan, akak tu setuju untuk tutup kedai buat sementara waktu sementara aku dan suami ada kat dalam. Syukur sangat sebab Allah membantu menjaga diriku ini. Terima kasih kepada akak ipar dan terima kasih kepada suami yang tetap setia disisi sehingga mengantuk, huhu..  Semuanya untuk abang juga. ehee.

19 Disember
Akak Marini ajak pergi Zoo kat Lok Kawi. Masa tu keadaan langit dan mulai gelap, tapi kami cuba juga, konvoi 2 kereta ja sebab Wafiy pergi KL. Sebelum tu akak Marini nak singgah beli kurma, bila dah berhenti hujan turun sangat lebat pula, jadi terpaksa ganti plan lain, iatu jalan2 di KK sahaja sebab perjalanan masih jauh lagi tapi xmau ambil risiko, huhu.

Zoo Lok Kawi..Sumber google

Masa di KK, caca sempat lagi buli pakciknya. Huu laju caca berlari kesian kat pakcik kena kejar. Layan gambar pakcik dan anak buah. =)

Caca si pembuli =)

Caca sibuk nak berlari

Pakcik dapat tangkap Caca pun =p

Senyum sikit=)

23 Disember
Aku dan family Kudat pergi Pantai Kelambu dan Simpang Mengayau. Program sehari, dari pagi hingga petang, memang memenatkan, tapi memang best sangat2. =). Kat Pantai Kelambu program berbeku dan mandi laut.

Pantai Kelambu

Bersama adik ipar (kakak dan nanang) dan bakal biras

Dua2 dah makin sihat =p, ehee

serupa tapi perangai yang berbeza =)

Ni pula masa di Simpang Mengayau. Kat sini jalan2 sahaja. nak minum air kelapa tapi kedai penuh dengan orang, jadi xdapat, jadi cuci mata ja. =)

Suami beraksi ala-ala kanak2 ribena, hihihi.

Adik beradik lelaki suami

Mertua dan adik beradik perempuan

Insya-allah ada masa dan kelapangan, boleh jalan2 lagi. Cukuplah buat masa ni. Kejap lagi aku nak tido dah.

Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE